Pages

Selasa, 22 Jun 2010

Promosi Di Sekolah Kebangsaan Sungai Bakap

Perpustakaan desa Sungai Bakap telah mengadakan promosi di Sekolah Kebangsaan Sungai Bakap pada 22 Mei 2010. Promosi ini diadakan pada hari sabtu dan bersesuaian memandangkan pada hari itu sekolah tersebut mengadakan Karnival PIBG ke-50. Ramai pelajar, ibu bapa dan orang awam datang ke sekolah untuk memeriahkan lagi aktiviti pada hari tersebut. Perpustakaan desa tidak melepaskan peluang turut mempromosi perpustakaan dengan mengadakan pameran bahan bacaaan, pendaftaran keahlian dan juga aktiviti untuk para pelajar dan kanak-kanak yang ingin mengambil bahagian. Terima kasih tak terhingga diucapkan kepada para penolong pegawai yang datang membatu pada hari tersebut iaitu Amran, Zairi, kak Nisha, Ifah, Kak Rohaya dan Fiza.. tanpa bantuan semua mungkin promosi ini tidak dapat dijalankan.. disertakan gambar sekitar hari promosi tersebut...

Kaunter Pendaftaran



Ruang Pameran




Sekitar aktiviti yang dijalankan





p/s : Terima Kasih pada semua yang terlibat.......