Pages

Sabtu, 12 Disember 2009

Super game!!

Aktiviti : Super Games: don't buzz the wayer
Tarikh : 3 Dis 2009 (Khamis)
Penyertaan : 15 orang

Aktiviti kali ini menggunakan bahan permainan yang baru saja sampai. Pemainan ini namanya " Super Games: don't buzz the wayer". Permainan ini menguji tumpuan dan keseimbangan serta kesabaran peserta dalam melalui laluan tanpa tersentuh besi tersebut. Jika tersentuh, maka ia akan berbunyi. Permainan ini dibahagikan kepada tiga peringkat. Peringkat pertama, peserta haruslah melalui laluan ini dan boleh mencuba sehingga 7 kali. Siapa yang lebih dari 7 kali maka terkeluar dari pertandingan. Peringkat kedua peserta hanya boleh terkena sebanyak 4 kali dan peringkat terakhir peserta hanya boleh terkena2 kali sahaja.

Rabu, 2 Disember 2009

Aktiviti Sempena Deepavali

Perpustakaan Desa Sungai Bakap PNM telah mengadakan 2 aktiviti yang sesuai dilakukan sempena hari Deepavali.

Aktiviti : Happy Diwali Coloring
Peserta diminta mewarnakan lukisan yang telah diberi. Seramai 15 orang telah menyertai aktiviti ini. Inilah gambar hasil aktiviti tersebut.


Aktiviti : Rangoli Design
Peserta diminta mewarna lukisan yang diberi, kemudian menggunting, menebuk lubang dan meletakkan reben. Seramai 31 orang menyertai aktiviti ini. Inilah hasilnya...

Sabtu, 7 November 2009

CARA MEMBACA YANG MENYENANGKAN


Membaca berasal dari kata dasar baca yang ertinya memahami erti tulisan. Membaca adalah salah satu proses yang sangat penting untuk mendapatkan ilmu dan pengetahuan. Tidak boleh membaca, manusia dapat dikatakan tidak boleh hidup di zaman sekarang ini. Sebab hidup manusia sangat bergantung pada ilmu pengetahuan yang dimilikinya. Dan untuk mendapatkan ilmu pengetahuan itu, salah satunya dengan cara membaca.

Di zaman sekarang ini, nampaknya sebagian besar pelajar kurang memiliki minat membaca, terutama membaca buku pelajaran. Ini adalah kerana sebagian pelajar tidak memiliki kaedah dalam membaca, sehingga pada saat membaca timbul rasa malas, bosan, dan mengatuk. Lihat tip-tip di bawah ini supaya tercipta suasana membaca yang menyenangkan.

Persiapan Sebelum Membaca

  1. Pilihlah waktu yang menurut kita sesuai untuk membaca. Waktu yang sesuai disini adalah waktu di mana tidak terdapat gangguan, baik dari luar mahupun dari dalam diri kita. Waktu yang sesuai di sini hanya kita sendiri yang tahu. Namun, sebahagian besar orang percaya bahawa waktu yang baik untuk membaca, khususnya buku pelajaran, adalah di pagi hari.
  2. Pilihlah tempat dan suasana yang sesuai untuk membaca, iaitu tempat yang terang, sejuk, bersih, nyaman, tenang dan sesuai menurut kita sendiri.
  3. Pastikan posisi membaca kita adalah posisi yang betul. Posisi yang betul pada waktu membaca adalah duduk dengan posisi badan tegak, tidak bongkok, dan pastikan jarak antara buku dengan mata kita kurang lebih 30cm.
  4. Siapkan juga hal-hal yang biasanya membantu kita dalam membaca, seperti pensil.
  5. Ada baiknya sebelum belajar kita berdoa terlebih dahulu sesuai dengan kepercayaan masing-masing supaya ilmu yang kita dapat bermanfaat.

Berbagai Jenis Membaca

Terdapat 3 cara umum membaca di dalam kehidupan sehari-hari dilihat dari apa tujuan proses membaca tersebut.

  1. Membaca sebagai hiburan tanpa perlu memeras otak terlalu keras. Bacaan yang mengandung unsur hiburan disini contohnya novel, cerpen, komik, majalah ringan dll.
  2. Membaca untuk memperoleh ilmu pengetahuan yang tujuannya adalah mencari dan memahami ilmu yang terkandung dalam bacaan tersebut.
  3. Membaca kritis. Membaca disini sama dengan membaca untuk mencari ilmu. Namun membaca disini diikuti oleh proses menelaah isi bacaan tersebut, misalnya dengan pertanyaan-pertanyaan apa itu?, mengapa terjadi?, oleh siapa?, bila?, dimana? dan bagaimana itu terjadi? Dalam membaca kritis, kita membuat bacaan sebagai lawan yang harus dikalahkan dengan cara mengetahui dan memahami seluruh isinya.
Selamat membaca! (Elva Satya Nugraha)
sumber : http://www.sekolahindonesia.com

Rabu, 7 Oktober 2009

Kolaj Pirate Ship

Aktiviti ini diadakan pada 26 september 2009 disertai seramai 20 orang. Peserta perlu mewarnakan lukisan yang telah diberi dengan menggunakan bahan bijian yang diberi. Bijian yang digunakan ialah beras, kacang hijau, kacang dal dan gandum. Cara membuatnya ialah dengan meletakkan gam terlebih dahulu diatas kertas lukisan tersebut, kemudian tabur bijian tersebut mengikut kreativiti masing-masing. Inilah antara hasil yang telah disiapkan oleh para peserta.

Under The Sea Search

Aktiviti ini diadakan pada 15 Ogos 2009 disertai seramai 20 orang. Peserta diminta mencari perkataan yang telah disenaraikan kemudian warnakan mengikut kreativiti masing-masing.

Sabtu, 15 Ogos 2009

Flower Basket

Aktiviti ini diadakan pada 01 Ogos 2009 iaitu pada hari sabtu. Seramai 18 orang telah menyertai aktiviti ini. Peserta perlu mewarna gambar yang berbentuk bakul dan bunga, kemudian mengguntingkannya dan selitkan didalam bakul yang telah siap diwarnakan tadi. Disertakan gambar ketika aktiviti dijalankan dan hasil flower basket yang telah siap.

Cekap Minda

Aktiviti Cekap Minda ini dijalankan pada 25 Julai 2009 iaitu pada hari sabtu. Penyertaan seramai 30 orang. Gambar semasa aktiviti tidak sempat dirakamkan. Disertakan hasil yang telah dilakukan para peserta.

Rabu, 22 Julai 2009

Kunjungan dari Tabika Perpaduan Sungai Bakap 1

Pada 21 Julai 2009, pukul 2.15 petang, perpustakaan desa PNM Sungai Bakap menerima kunjungan daripada Tabika Perpaduan Sungai Bakap 1. Aktiviti yang dijalankan ialah Crown. Penyertaan sebanyak 14 orang. Kanak-kanak diminta mewarna dan mengunting crown tersebut. Setelah siap, bolehlah digayakan.

ketika aktiviti dijalankan

Guru dan pelajar tabika Perpaduan Sungai Bakap 1

Cenderahati untuk cikg dan pelajar2 turut diberikan.
Ucapan jutaan terima kasih atas kunjungan ini dan ribuan terima kasih juga pada Noor Azura dari PD Taman Belibis yang datang membantu saya..

Jom Cari Benda Dan Warnakan

Aktiviti kali ini ialah "jom cari benda dan warnakan". Aktiviti sungguh mudah, adik2 perlu cari gambar yang tersembunyi kemudian warnakan. Aktiviti ini diadakan pada hari sabtu iaitu pada 18 Julai 2009 dan penyertaan adalah sebanyak 25 orang. Ini adalah gambar ketika aktiviti dijalankan.Inilah hasilnya..

Rabu, 15 Julai 2009

Aktiviti Bulan Julai 2009

Aktiviti : Pertandingan Dam
Tarikh : 14 Julai 2009
Penyertaan : 10 orang

Pertandingan ini diadakan secara mengejut, memandangkan atas permintaan kanak-kanak pada petang itu. Pertandingan ini dijalankan dari pukul 4.00 petang hingga 5.30 petang. Terdapat tiga pusingan untuk menentukan pemenang. Peserta yang menang diberikan hadiah.

Tempata pertama: Nurfazira
Tempat kedua : Rahimi
Tempat Ketiga : Nur Farhana


Sabtu, 20 Jun 2009

Aktiviti Bulan April 2009

Aktiviti :Colour By Dot
Tarikh : 25 April 2009
Penyertaan : 25 orang



Aktiviti : Name Tag bentuk Ikan dan Bunga
Tarikh : 18 April 2009
Penyertaan : 60 orang


Aktiviti : Kad hari Lahir
Tarikh : 4 April 2009
Penyertaan : 45 orang

Sabtu, 16 Mei 2009

Aktiviti Bulan Mac 2009


Aktiviti :
Kraf burung Hantu
Tarikh : 7 Mac 2009
Penyertaan :
25 orang

Aktiviti ini tidaklah susah, adik-adik diminta mewarna gambar bentuk yang telah diberikan, kemudian gunting dan lekatkan ia menjadi bentuk burung hantu.


Aktiviti : Rama-rama Cantik
Tarikh :21 Mac 2009
Penyertaan :
32 orang

Ramai juga yang berminat dengan aktiviti yang diadakan kali ini.. Aktiviti ini memerlukan adik-adik mewarna gambar rama-rama yang telah diberikan, kemudian menggunting gambar rama-rama ini. Memang cantik ..pandai sungguh adik-adik ini mewarna.