Pages

Khamis, 5 Ogos 2010

Sambutan Hari Kemerdekaan dan Kibar Jalur Gemilang

Sambutan Hari Kemerdekaan dan Kibar Jalur Gemilang peringkat negeri Pulau Pinang diadakan pada 1 Ogos 2010 di Sunway Carnival Mall Seberang jaya. Dirasmikan oleh YAB Tuan Lim Guan Eng Ketua Menteri Pulau Pinang. Ahli dari Perpustakaan Desa Sungai Bakap turut tidak melepaskan peluang untuk menyertainya. Penyertaan dari kategori mewarna dan melukis potret. Walaupun hanya mendapat saguhati, terima kasih diucapkan kepada peserta yang mengambil bahagian... Nanti tahun depan kita cuba lagi yer...



SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN KE 53....1MALAYSIA

Sambung dan bina perkataan

Aktiviti ini diadakan pada 30 Julai 2010 (jumaat) pada pukul 3.00 petang. Ramai ahli perpustakaan yang menyertainya. Aktiviti ini dinamakan sambung dan bina perkataan. Sebenarnya idea aktiviti ini diperoleh dari permainan komputer dalam bahasa inggeris yang disebut boggle iatu mainan yang menguji minda tetapi diubahsuai ke dalam bahasa melayu.
Terdapat peraturan dalam membentuk setiap perkataan:
1. Perkataan yang dibina mestilah bersambung antara satu sama lain.
2. Setiap perkataan sekurang-kurangnya memerlukan 3 huruf.
3. Perkataan yang dibina tidak boleh menggunakan nama khas seperti orang ataupun tempat.



Siapa yang dapat menjawab paling banyak dikira sebagai pemenang.
Sekitar gambar ketika aktiviti sedang dijalankan..