Pages

Rabu, 7 Oktober 2009

Kolaj Pirate Ship

Aktiviti ini diadakan pada 26 september 2009 disertai seramai 20 orang. Peserta perlu mewarnakan lukisan yang telah diberi dengan menggunakan bahan bijian yang diberi. Bijian yang digunakan ialah beras, kacang hijau, kacang dal dan gandum. Cara membuatnya ialah dengan meletakkan gam terlebih dahulu diatas kertas lukisan tersebut, kemudian tabur bijian tersebut mengikut kreativiti masing-masing. Inilah antara hasil yang telah disiapkan oleh para peserta.

Under The Sea Search

Aktiviti ini diadakan pada 15 Ogos 2009 disertai seramai 20 orang. Peserta diminta mencari perkataan yang telah disenaraikan kemudian warnakan mengikut kreativiti masing-masing.