Pages

Sabtu, 12 Disember 2009

Super game!!

Aktiviti : Super Games: don't buzz the wayer
Tarikh : 3 Dis 2009 (Khamis)
Penyertaan : 15 orang

Aktiviti kali ini menggunakan bahan permainan yang baru saja sampai. Pemainan ini namanya " Super Games: don't buzz the wayer". Permainan ini menguji tumpuan dan keseimbangan serta kesabaran peserta dalam melalui laluan tanpa tersentuh besi tersebut. Jika tersentuh, maka ia akan berbunyi. Permainan ini dibahagikan kepada tiga peringkat. Peringkat pertama, peserta haruslah melalui laluan ini dan boleh mencuba sehingga 7 kali. Siapa yang lebih dari 7 kali maka terkeluar dari pertandingan. Peringkat kedua peserta hanya boleh terkena sebanyak 4 kali dan peringkat terakhir peserta hanya boleh terkena2 kali sahaja.

Rabu, 2 Disember 2009

Aktiviti Sempena Deepavali

Perpustakaan Desa Sungai Bakap PNM telah mengadakan 2 aktiviti yang sesuai dilakukan sempena hari Deepavali.

Aktiviti : Happy Diwali Coloring
Peserta diminta mewarnakan lukisan yang telah diberi. Seramai 15 orang telah menyertai aktiviti ini. Inilah gambar hasil aktiviti tersebut.


Aktiviti : Rangoli Design
Peserta diminta mewarna lukisan yang diberi, kemudian menggunting, menebuk lubang dan meletakkan reben. Seramai 31 orang menyertai aktiviti ini. Inilah hasilnya...