Pages

Sabtu, 20 November 2010

Aktiviti Bulanan

Aktiviti :Snail Heart
Tarikh :18.09.2010
Penyertaan : 20 orang

Aktiviti : Kimono
Tarikh : 23.10.2010
Penyertaan : 10 orang


Aktiviti : Porcupine Craft
Tarikh : 30.10.2010
Penyertaan : 25 orang


Khamis, 5 Ogos 2010

Sambutan Hari Kemerdekaan dan Kibar Jalur Gemilang

Sambutan Hari Kemerdekaan dan Kibar Jalur Gemilang peringkat negeri Pulau Pinang diadakan pada 1 Ogos 2010 di Sunway Carnival Mall Seberang jaya. Dirasmikan oleh YAB Tuan Lim Guan Eng Ketua Menteri Pulau Pinang. Ahli dari Perpustakaan Desa Sungai Bakap turut tidak melepaskan peluang untuk menyertainya. Penyertaan dari kategori mewarna dan melukis potret. Walaupun hanya mendapat saguhati, terima kasih diucapkan kepada peserta yang mengambil bahagian... Nanti tahun depan kita cuba lagi yer...



SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN KE 53....1MALAYSIA

Sambung dan bina perkataan

Aktiviti ini diadakan pada 30 Julai 2010 (jumaat) pada pukul 3.00 petang. Ramai ahli perpustakaan yang menyertainya. Aktiviti ini dinamakan sambung dan bina perkataan. Sebenarnya idea aktiviti ini diperoleh dari permainan komputer dalam bahasa inggeris yang disebut boggle iatu mainan yang menguji minda tetapi diubahsuai ke dalam bahasa melayu.
Terdapat peraturan dalam membentuk setiap perkataan:
1. Perkataan yang dibina mestilah bersambung antara satu sama lain.
2. Setiap perkataan sekurang-kurangnya memerlukan 3 huruf.
3. Perkataan yang dibina tidak boleh menggunakan nama khas seperti orang ataupun tempat.



Siapa yang dapat menjawab paling banyak dikira sebagai pemenang.
Sekitar gambar ketika aktiviti sedang dijalankan..


Selasa, 22 Jun 2010

Promosi Di Sekolah Kebangsaan Sungai Bakap

Perpustakaan desa Sungai Bakap telah mengadakan promosi di Sekolah Kebangsaan Sungai Bakap pada 22 Mei 2010. Promosi ini diadakan pada hari sabtu dan bersesuaian memandangkan pada hari itu sekolah tersebut mengadakan Karnival PIBG ke-50. Ramai pelajar, ibu bapa dan orang awam datang ke sekolah untuk memeriahkan lagi aktiviti pada hari tersebut. Perpustakaan desa tidak melepaskan peluang turut mempromosi perpustakaan dengan mengadakan pameran bahan bacaaan, pendaftaran keahlian dan juga aktiviti untuk para pelajar dan kanak-kanak yang ingin mengambil bahagian. Terima kasih tak terhingga diucapkan kepada para penolong pegawai yang datang membatu pada hari tersebut iaitu Amran, Zairi, kak Nisha, Ifah, Kak Rohaya dan Fiza.. tanpa bantuan semua mungkin promosi ini tidak dapat dijalankan.. disertakan gambar sekitar hari promosi tersebut...

Kaunter Pendaftaran



Ruang Pameran




Sekitar aktiviti yang dijalankan





p/s : Terima Kasih pada semua yang terlibat.......

Sabtu, 17 April 2010

Under The Sea Mobile

Aktiviti ini diadakan pada 2 April 2010. Peserta perlu mewarna lukisan yang telah diberikan. Setelah siap mewarna peserta bolehlah mengunting, dan menggantung di tali yang telah disediakan. Apabila siap bolehlah kita hiaskannya di perpustakaan kita. Adik-adik juga boleh mencubanya di rumah dan di gantung di bilik adik..nampak cantik dan menarik sekali..

Ini antara gambar yang sempat diambil ketika aktiviti sedang dijalankan


Inilah hasilnya..telah siap digantung sebagai hiasan..


p/s: terima kasih kepada adik-adik yang telah mengambil bahagian dalam aktiviti ini...

Sabtu, 20 Mac 2010

Aktiviti bulan Febuari 2010

Aktiviti : Spot The Diffrence
Tarikh : 3 Feb 2010
Penyertaan : 20 orang



Aktiviti : Connect The Dot
Tarikh : 6 Feb 2010
Penyertaan : 15 orang




Aktiviti : Teka Silang Kata
Tarikh : 11 Feb 2010
Penyertaan : 20 orang



Aktiviti : Mewarna Tahun Baru Cina
Tarikh : 13 Feb 2010
Penyertaan : 25 orang



Aktiviti : Tanglung Tahun Baru Cina
Tarikh : 27 Feb 2010
Penyertaan : 18 orang
Bahan-bahan : kertas warna(sebaiknya warna merah), pensil, gunting, stapler, pembaris,warna pensil atau crayon dan lain-lain yang dirasakan perlu untuk menghias tanglung.

Sabtu, 6 Februari 2010

Aktiviti Bulan Januari 2010

Aktiviti : Test Pattern Peacock
Tarikh : 9 Jan 2010

Penyertaan : 35 orang



Aktiviti : Doorknob Hanger
Tarikh : 16 Jan 2010
Penyertaan : 15 orang


Aktiviti : Topeng
Tarikh : 23 Jan 2010
Penyertaan : 17 orang